BACARUMI.MY

Doa Khatam Al-Quran

Bacaan Rumi dan Arab
(1) اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِالْقُرْآنِ
(1) Allahummarhamni bil-Quran
(2) وَاجْعَلْهُ لِي إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً
(2) Waj‘alhu li imaman wa nuran wa hudan wa rahmah
(3) اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مِنْهُ مَا نُسِّيتُ
(3) Allahumma zakkirni minhu ma nussitu
(4) وَعَلِّمْنِي مِنْهُ مَا جَهِلْتُ
(4) Wa ‘allimni minhu ma jahiltu
(5) وَارْزُقْنِي تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ
(5) Warzuqni tilawatahu ana’al-laili wa atrafan-nahar
(6) وَاجْعَلْهُ لِي حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
(6) Waj‘alhu li hujjatan ya Rabbal ‘alamin
(7) اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِيَ الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
(7) Allahumma aslih li diniyallazi huwa ‘ismatu amri
(8) وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي
(8) Wa aslih li dunyayallati fiha ma‘asyi
(9) وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِيَ الَّتِي فِيهَا مَعَادِي
(9) Wa aslih li akhiratiyallati fiha ma‘adi
(10) وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ
(10) Waj‘alil-hayata ziyadatan li fi kulli khair
(11) وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
(11) Waj‘alil-mauta rahatan li min kulli syarr
(12) اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمُرِي آخِرَهُ
(12) Allahummaj‘al khaira ‘umuri akhirahu
(13) وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ
(13) Wa khaira ‘amali khawatimahu
(14) وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ
(14) Wa khaira ayyami yauma alqaka fihi
(15) اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِيشَةً هَنِيَّةً
(15) Allahumma inni as’aluka ‘isyatan haniyyah
(16) وَمِيتَةً سَوِيَّةً
(16) Wa mitatan sawiyyah
(17) وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍ وَلَا فَاضِحٍ
(17) Wa maraddan ghaira mukhzin wa la fadih
(18) اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَسْأَلَةِ
(18) Allahumma inni as’aluka khairal-mas’alah
(19) وَخَيْرَ الدُّعَاءِ
(19) Wa khairad-du‘a
(20) وَخَيْرَ النَّجَاحِ
(20) Wa khairan-najah
(21) وَخَيْرَ الْعَمَلِ
(21) Wa khairal-‘amal
(22) وَخَيْرَ الثَّوَابِ
(22) Wa khairas-sawab
(23) وَخَيْرَ الْحَيَاةِ
(23) Wa khairal-hayah
(24) وَخَيْرَ الْمَمَاتِ
(24) Wa khairal-mamat
(25) وَثَبِّتْنِي
(25) Wa sabbitni
(26) وَثَقِّلْ مَوَازِينِي
(26) Wa saqqil mawazini
(27) وَحَقِّقْ إِيمَانِي
(27) Wa haqqiq imani
(28) وَارْفَعْ دَرَجَاتِي
(28) Warfa‘ darajati
(29) وَتَقَبَّلْ صَلَاتِي
(29) Wa taqabbal salati
(30) وَاغْفِرْ خَطِيئَاتِي
(30) Waghfir khati’ati
(31) وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ
(31) Wa as’alukad-darajatil-‘ula minal-jannah
(32) رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا
(32) Rabbana taqabbal minna
(33) إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(33) Innaka antas-sami‘ul-‘alim
(34) وَتُبْ عَلَيْنَا
(34) Wa tub ‘alaina
(35) إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
(35) Innaka antat-tawwabur-rahim
(36) وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
(36) Wa sallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad
(37) وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
(37) Wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallam
(38) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(38) Walhamdulillahi Rabbil ‘alamin
Terjemahan / Maksud

(1) Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran.

(2) Jadikanlah Al-Quran sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku.

(3) Ya Allah, ingatkanlah aku akan ayat-ayat yang aku terlupa.

(4) Ajarkanlah kepadaku perkara daripada Al-Quran yang belum aku ketahui.

(5) Kurniakanlah kepadaku rezeki untuk membacanya pada waktu malam dan siang.

(6) Jadikanlah Al-Quran sebagai hujah yang membelaku, wahai Tuhan sekalian alam.

(7) Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi pelindung segala urusanku.

(8) Perbaikilah duniaku yang menjadi tempat kehidupanku.

(9) Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.

(10) Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan.

(11) Jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada segala keburukan.

(12) Ya Allah, jadikanlah penghujung umurku sebagai sebaik-baik umurku.

(13) Jadikanlah amalan terakhirku sebagai sebaik-baik amalanku.

(14) Jadikanlah hari ketika aku bertemu dengan-Mu sebagai sebaik-baik hariku.

(15) Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kehidupan yang baik dan menyenangkan.

(16) Kematian yang baik.

(17) Dan tempat kembali yang tidak menghinakan serta tidak memalukan.

(18) Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan.

(19) Sebaik-baik doa.

(20) Sebaik-baik kejayaan.

(21) Sebaik-baik amalan.

(22) Sebaik-baik ganjaran.

(23) Sebaik-baik kehidupan.

(24) Sebaik-baik kematian.

(25) Tetapkanlah aku di atas kebenaran.

(26) Beratkanlah timbangan amal kebaikanku.

(27) Sempurnakanlah imanku.

(28) Tinggikanlah darjatku.

(29) Terimalah solatku.

(30) Ampunkanlah kesalahanku.

(31) Dan aku memohon kepada-Mu darjat yang tinggi di dalam syurga.

(32) Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami.

(33) Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(34) Terimalah taubat kami.

(35) Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

(36) Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad.

(37) Serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda, dan limpahkanlah kesejahteraan kepada mereka.

(38) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Kategori: Doa